- Голоса:
 
Mestica - Текст песни Destinasi Cinta
Menyingkap tirai hati
 Mengintai keampunan
 Di halaman subur rahmat-Mu Tuhan
 Tiap jejak nan bertapak
 Debu kejahilan
 Akan ku jirus dengan madu keimanan
 Tak ternilai airmata dengan permata
 Yang bisa memadamkan api neraka
 Andai benar mengalir dari nasuha nurani
 Tak kan berpaling pada palsu duniawi
 Destinasi cinta yang ku cari
 Sebenarnya terlalu hampir
 Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
 Telah ku redah daerah cinta
 Yang lahir dari wadah yang alpa
 Tiada tenang ku temui
 Hanya kecewa menyelubungi
 Ku gelintar segenap maya
 Dambakan sebutir hakikat
 Untuk ku semai menjadi sepohon makrifatMestica - Destinasi Cinta - http://ru.motolyrics.com/mestica/destinasi-cinta-lyrics.html
 Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu
 Yaaa Ilahi Rabbi
 Destinasi cinta yang ku cari
 Sebenarnya terlalu hampir
 Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
 Ku gelintar segenap maya
 Dambakan sebutir hakikat
 Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
 Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu
 Namun ranjaunya tidak akan sunyi
 Selagi denyut nadi belum berhenti
 Durjana syaitan kan cuba menodai
 Segumpal darah bernama hati
 Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
 Leraikan aku dari pautan nafsu
 Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
 Namun masihku mengharap ampunan-Mu
 Wahai Tuhanku Ya Allah















